Sunday, December 18, 2011

Karangan PMR 2012...Peranan Ibu bapa Menyemai Amalam Membaca Anak?


Menyemaikan tabiat suka membaca dalam kalangan anak-anak.
Huraikan pernyataan di atas.


Ibu bapa mempunyai peranan utama dalam menyemai sikap suka membaca dalam jiwa anak-anak. Mereka merupakan individu yang penting dalam kehidupan anak-anak itu. Jadi, ibu bapa boleh melakukan pelbagai tindakan yang positif untuk memastikan minat membaca dalam diri anak-anak mereka wujud.

Pertama, ibu bapa boleh menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Maknanya, ibu bapa sendiri hendaklah mempunyai minat membaca terutama ketika berada di rumah pula. Tindakan ibu bapa membaca di rumah boleh menjadi ikutan bagi anak-anak kerana mereka melihat ibu bapa sebagai orang yang penting dalam hidup.

Malah, ibu bapa boleh menasihati anak-anak mereka tentang kepentingan membaca itu dalam kehidupan manusia. Membaca boleh dijelaskan sebagai satu tindakan yang memudahkan seseorang itu untuk memperoleh ilmu. Ibu bapa juga boleh menerangkan bahawa kebanyakan orang yang berjaya ialah orang yang rajin membaca.

Ibu bapa juga boleh menanam sikap suka membaca dengan membelikan anak-anak mereka pelbagai bahan bacaan. Ketika sambutan hari lahir anak, hadiah bahan bacaan boleh menjadi hadiah pilihan ibu bapa juga. Bahan bacaan yang dipilih itu mestilah bersesuaian dengan tahap umur anak agar mereka tidak terlalu bosan pula.

Konklusinya, amalan membaca amat penting dipupuk dalam jiwa anak-anak di Malaysia. Dalam usaha pemupukan ini ibu bapa memainkan peranan awal yang penting juga. Kejayaan ibu bapa mendidik anak agar meminati amalan membaca akan membawa kemunculan satu generasi yang suka membaca di Malaysia pada masa hadapan.

Friday, September 30, 2011

emel saya

Pelajar saya

Sila emel saya untuk bahan tambahan pmr.

azmanukm@gmail.com
azman289@gmail.com

Ini peluang untuk saya membantu anda yang sudah lama menerima ilmu daripada saya.

Tuesday, September 13, 2011

Seminar PMR di PTM Mendapat Sambutan Hangat

Hi pelajar semua...

Saya begitu gembira apabila dimaklumkan oleh pihak pengurusan PTM bahawa semua kumpulan seminar di tempat itu sudah penuh. Malah, PTM terpaksa menambah satu lagi kumpulan atas permintaan pelajar yang masih belum mendaftar.

Untuk seminar BM kumpulan saya, hanya soalan ramalan sahaja yang akan saya huraikan dalam kelas dan bahan tambahan akan saya emelkan kepada pelajar.

Saya berpendapat penggunaan penghantaran bahan tambahan melalui emel ini boleh membantu pelajar berasa yakin untuk menghadapi pmr itu. Tindakan ini juga sebagai tanda penghargaan saya kepada pelajar yang sekian lama menghadiri kelas saya selama ini. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk perkhidmatan penghantaran bahan melalui emel ini kepada pelajar yang menghadiri seminar saya itu.

Jadi, pastikan anda yang menghadiri seminar BM saya itu mempunyai alamat emel sendiri. Semua alamat emel ini boleh diserahkan kepada saya selepas selesai kelas seminar itu kelak.

Bahan tambahan ini semuanya dalam bentuk karangan.

Monday, August 8, 2011

Karangan pmr 2011... Sebab skim cepat kaya menular

Skim cepat kaya terus berleluasa di negara ini walaupun banyak kes penipuan ini telah dilaporkan dalam media massa.

Nyatakan sebab-sebab yang membawa penipuan ini terus berlaku.

Skim cepat kaya telah dikategorikan sebagai satu kesalahan jenayah dan kerap berlaku di negara ini. Ada pelbagai bentuk skim ini seperti melibatkan pemberian bunga yang tinggi, pelaburan awal yang kecil dan sebagainya. Namun, skim ini masih terus berupaya menipu ribuan penduduk negara ini walaupun pihak berkuasa sudah berkali- kali mengingatkan mereka.

Punca utama yang membawa penipuan ini terus berleluasa ialah rakyat kita terlalu ingin memperoleh kekayaan dengan cepat. Rasa tamak untuk mengaut kekayaan segera itu telah menyebabkan mereka tidak berfikir dengan rasional tentang aspek risiko yang bakal dihadapi pula. Jadi, mereka terus melabur kerana minda mereka sudah dikelirukan dengan kekayaan yang bakal diperoleh itu.

Selain itu, jenayah ini terus berlaku kerana pujukan rakan-rakan yang kononnya telah berjaya dalam skim yang serupa. Akibat pujukan rakan dan kepercayaan itulah begitu banyak mangsa skim ini yang dilaporkan dalam media massa kita. Sebenarnya, rakan itu memujuk kerana mereka telah menjadi mangsa awal penipuan skim ini terlebih dahulu.

Malah, tindakan untuk melipatgandakan wang dengan cara yang tidak betul juga telah mendorong kemelut skim ini terus menular dalam masyarakat kita. Mereka tidak mempercayai pihak bank untuk melaburkan wang mereka. Akibatnya, golongan ini berani menanggung risiko melabur dalam skim yang belum tentu berjaya pula.

Skim yang memalukan ini juga berlaku kerana kurangnya kawalan pihak berkuasa. Kelemahan dalam sistem perundangan wujud kerana jenayah ini dilihat hanya membawa kerugian kewangan dan bukannya melibatkan nyawa manusia melayang seperti kes pembunuhan pula. Jadi, kurangnya perhatian pihak berkuasa terhadap skim ini berbanding jenayah lain telah membawa menularnya skim negatif ini.

Kesimpulannya, semua faktor tadi telah membawa skim cepat kaya ini terus wujud dalam masyarakat kita. Kerjasama masyarakat diperlukan terutama dengan tidak melabur dalam skim ini jika mahu pihak berkuasa menangani kemelut ini. Bak kata orang dahulu, " sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya," yang membuktikan pentingnya masyarakat berhati- hati dalam pelaburan yang mencurigakan hasilnya.

Saturday, June 25, 2011

Buku 101 Karangan PMR Saya Bakal Terbit ....


Pelajar semua,

Saya amat berbesar hati untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa saya akan menerbitkan sebuah buku karangan yang bertajuk "101 Karangan PMR".

Buku ini sedang dalam proses pemeriksaan pruf akhir sebelum dihantar untuk dicetak. Sebaik sahaja siap dicetak, buku ini akan mula dijual.

Pelajar yang berminat untuk memiliki buku ini boleh menghantar emel kepada saya untuk membuat tempahan awal. Harga buku ini masih belum ditetapkan tetapi saya memberi jaminan harga buku terbitan saya semuanya berpatutan tetapi berkualiti tinggi.

Ceria

Wednesday, June 22, 2011

Karangan PMR 2011...Kegiatan Korikulum Rapatkan Hubungan Pelajar Guru?

Karangan PMR

Kegiatan kokurikulum boleh merapatkan hubungan antara pelajar dengan guru.

Huraikan pernyataan di atas.

Kegiatan luar bilik darjah juga dikenali dengan nama akitiviti kokurikulum. Pihak kerajaan memberi galakan aktiviti ini untuk membantu pembelajaran di bilik darjah menjadi lebih efektif pula. Oleh itu, hubungan guru dengan pelajar pasti menjadi baik melalui aktiviti sebegini pula.

Aktiviti sukan dan permainan menyebabkan pelajar akan saling membantu untuk memperoleh kemenangan dalam sesuatu acara itu. Tindakan bekerjasama ini secara tidak langsung menjadikan mereka rapt antara satu sama lain. Jadi, hubungan sesame ahli pasukan akan menjadi lebih erat melalui acara sukan sebegini.

Manakala dalam aktiviti pasukan beruniform pula, para pelajar boleh berbincang tentang sesuatu aktiviti itu dengan meluas. Pelajar akan memperoleh kemahiran mengikut arahan ketua, disiplin dan pengalaman tertentu. Sesungguhnya, hubungan pelajar dengan guru menjadi lebih rapat kerana guru akan membimbing mereka dalam setiap tindakan itu.

Selain itu, aktiviti berunsur kelab dan persatuan seperti berbalas pan tun dan quiz serta syarahan banyak membawa impak positif terhadap interaksi guru dengan pelajar. Perancangan dan kerjasama serta muafakat diperlukan antara guru dengan pelajar untuk berjaya dalam program seperti ini. Kekerapan pelajar dan guru berinteraksi menyebabkan mereka saling memahami dan sedar kelebihan masing-masing pula.

Konklusinya, hubungan yang baik dan rapat memang terjalin apabila aktiviti kokurikulum diadakan di sekolah kita. Keadaan ini boleh menyumbang ke arah kejayaan mutlak dalam peperiksaan umum pula. Bak kata orang tua-tua "bagai aur dengan tebing" yang membuktikan bahawa kerjasama guru dan pelajar itu penting untuk kejayaan sesebuah sekolah.

Sunday, June 19, 2011

Bengkel Matematik PMR 2011 Menerima Pendaftaran


Pelajar semua,

Cikgu Kung yang sudah dikenali ramai dengan kemampuan beliau untuk menerangkan teknik menjawab soalan matematik PMR dengan tepat dan pantas akan mengadakan satu bengkel pada 10 Julai ini.

Bengkel ini akan diadakan di dewan kuliah sebuah pusat pengajian tinggi di Bukit Jalil selama 8 jam yakni bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Beliau akan memberitahu bab-bab yang perlu diberi penekanan oleh pelajar dan teknik menjawab yang betul.

Kos untuk menghadiri bengkel ini RM40 sahaja termasuk makan tengah hari dan minum petang serta pengangkutan bas disediakan dari kawasan Pudu ke Bukit Jalil.

Berminat, sila hubungi: 03-2148 3314

Tuesday, May 24, 2011

Karangan PMR 2011...Cara-cara Mengatasi Masalah Pembuangan Bayi di Malaysia?


Karangan PMR

Masalah pembuangan bayi pernah menjadi satu isu penting dalam media massa kita.

Nyatakan cara-cara untuk mengatasi masalah sosial ini.


Kes pembuangan bayi di negara kita memang memalukan masyarakat. Saban bulan ada sahaja kes ini dilaporkan dalam media massa negara ini. Lantaran itu, ada banyak perkara yang boleh diambil untuk memastikan perbuatan tidak bertanggungjawab ini tidak menular terus.

Tindakan yang agresif ialah ibu bapa bayi yang malang ini perlu menerima hukumannya. Kita tidak seharusnya menghukum ibu sahaja tetapi ayah bayi itu juga harus bertanggungjawab. Kemungkinan tindakan yang tegas sebegini akan memberi peringatan kepada ahli masyarakat yang lain supaya berhati-hati dan tidak melakukan kesilapan yang serupa.

Selain itu, usaha membuka Sekolah Harapan juga menjadi satu langkah yang bijak untuk mengatasi masalah ini. Remaja yang terlanjur dalam tindakan mereka itu boleh ditempatkan di sekolah ini untuk menerima nasihat dan bantuan ketika menunggu kelahiran bayi tersebut. Jadi, sesi kaunseling dan bimbingan ini boleh menjadikan remaja ini matang lalu berupaya untuk menjaga bayi mereka kelak.

Tambahan pula, pendidikan agama dan moral perlu diterapkan dengan lebih mendalam dalam jiwa remaja terutama ketika di sekolah. Didikan ini berupaya untuk membentuk satu dinding jati diri yang utuh lalu menghalang masalah ini berlaku pula. Sesungguhnya, didikan agama dan moral menjadikan remaja boleh membezakan antara yang baik dan yang buruk.

Kesimpulannya, masalah pembuangan bayi ini perlu ditangani dengan segera. Kita harus sedar bahawa bayi itu tidak bersalah dan tidak berhak menerima nasib dibuang begitu sahaja impala sampah. Semua pihak harus berganding bahu untuk bersama-sama mengatasi masalah ini dengan sebaik mungkin.

Sunday, May 15, 2011

Informasi Bengkel PMR NM 2011 (Ke-2)


Pelajar semua,

Bengkel BM ini bakal menyaksikan pelajar didedahkan dengan pelbagai soalan tatabahasa.

Bengkel ini menekankan aspek latihan yakni pelajar akan membuat lebih banyak latihan daripada penerangan guru sahaja.

Sesiapa yang berminat menghadirinya sila hubungi: 03-2148 3314/2142 9173

Sunday, May 8, 2011

Karangan PMR 2011 - Hukuman Rotan Penting Dihidupkan?

Hukuman merotan dalam kalangan pelajar harus diwujudkan semula.
Berikan pendapat anda tentang kenyataan ini.


Hukuman merotan merujuk hukuman yang dijatuhkan kepada pelajar yang melanggar peraturan di sekolah. Antara jenis kesalahan tersebut meliputi ponteng sekolah, mencuri, dan bergaduh. Jadi, memang ada banyak faktor yang menjadikan hukuman ini perlu dilaksanakan semula di sekolah.

Faktor masalah disiplin yang melanda pelajar kita kini begitu meruncing yang menjadikan pelaksanaan hukuman ini penting. Pelajar kita mudah terbabit dalam kemelut disiplin kerana cabaran kehidupan modern yang begitu hebat seperti ibu bapa sibuk bekerja dan kehidupan mementingkan status serta kebendaan yang tinggi kini. Oleh itu, tindakan merotan sahaja yang boleh menjadikan cabaran ini berada dalam kawalan kerana pelajar pasti akan memikirkan kesan merontan terhadap dirinya sebelum bertindak terburu-buru seseorang.

Pada masa yang sama, kerja guru di sekolah menjadi lebih mudah jika hukuman keras ini dilaksanakan dengan segera. Pihak guru mengambil masa yang lama untuk memberi kaunseling kepada pelajar yang belum tentu akan berjaya pula berbanding dengan merotan yang mudah dan pantas. Sesungguhnya, kerja guru menjadi lebih mudah jika hukuman ini dikuatkuasakan dengan sepenuhnya.

Malah, hukuman yang sebegini tegas boleh memberikan satu pengajaran kepada pelajar secara keseluruhannya. Sesiapa sahaja yang menyaksikan hukuman ini pasti berasa begitu gerun melihatnya. Jelaslah, hukuman merotan ini mencetuskan satu keinsafan yang mendalam dalam jiwa pelajar sekolah kita pula.

Tambahan pula, imej sekolah yang berani melaksanakan hukuman merotan juga pasti meningkat pada mata masyarakat. Ibu bapa sudah pasti lebih suka menghantar anak mereka ke sekolah yang mempunyai tahap kualiti disilpin yang tinggi kerana tidak mahu anak mereka terabit dalam gejala negatif. Maka, imej sekolah pasti bertambah baik melalui pengenalan hukuman merotan ini.

Konklusinya, kewajaran untuk melaksanakan hukuman ini memang sudah terserlah berdasarkan semua hujah tadi. Kerjasama semua pihak terutamanya pelajar amat diperlukan agar masalah ini boleh diatasi dengan segera. Bak kata perumpamaan, "melentur buluh biarlah daripada rebungnya" membuktikan bahawa didikan sejak kecil terutama di sekolah memainkan peranan dalam pembentukan sahsiah pelajar.

Sunday, April 17, 2011

Karangan PMR 2011...Impak Kenaikan Harga Minyak terhadap Negara?

Kenaikan harga minyak mula dirasai di negara ini.

Huraikan impak negatif yang timbul daripada keadaan ini.

Kenaikan harga minyak dikaitkan dengan peningkatan secara mendadak harga petroleum di pasaran dunia. Antara sebab yang membawa peningkatan ini ialah pertumbuhan ekonomi global, peperangan di negara pengeluar minyak dan juga kejadian bencana alam yang melanda sesebuah negara itu. Jadi, kenaikan harga minyak ini memang membawa banyak impaknya.

Impak yang ketara ialah kos kehidupan masyarakat akan meningkat juga. Kebanyakan harga komoditi terutama makanan dan produk kilang akan meningkat selari dengan pertambahan harga barang lalu bajet bulanan masyarakat turut terjejas. Jelaslah, kos kehidupan akan menjadi bertambah tinggi sebaik sahaja harga minyak melambung.

Selain itu, harga barang akan turut menjadi mahal ekoran peningkatan harga minyak ini. Pengguna terpaksa membeli barang keperluan seperti makanan, pakaian dan rumah dengan kadar harga yang jauh lebih tinggi kerana kos hidup bertambah pula. Sesungguhnya, harga barang yang tinggi menyebabkan ada pengguna yang tidak mampu untuk membelinya pula.

Malah, tambang pengangkutan terutama pengangkutan awam akan berlipat kali gander pula. Syarikat pengangkutan terutama bas terpaksa meninggikan tambang kerana mereka menggunakan minyak dengan banyak untuk menjalankan operasi perniagaan mereka itu. Maka, kos pengangkutan yang tinggi ini menyebabkan ada ahli masyarakat yang tidak mampu untuk menggunakannya.

Tambahan pula, kenaikan harga minyak boleh menjadikan keadaan politik negara tidak stabil. Banyak pihak akan melakukan tunjuk perasaan sebagai satu cara untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kenailkan ini. Jadi, tunjuk perasaan yang kerap itu boleh mencetuskan pelbagai keadaan yang tidak aman pula di dalam negara kita.

Kesimpulannya, semua kesan negatif ini memang wujud apabila harga minyak melambung. Kerjasama semua pihak amat diperlukan terutama kerajaan untuk melaksanakan dasar-dasar yang boleh mengurangkan impak kenaikan ini. Bak kata pepatah, 'sediakan payung sebelum hujan' amat penting direnungi oleh kita semua sebelum terlewat.

Tuesday, April 12, 2011

Karangan PMR 2011... Kesan Vandalisme?

Vandalisme merupakan salah satu daripada perlakuan negatif yang sering dilakukan oleh anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab, terutama golongan remaja.

Jelaskan kesan-kesan kegiatan vandalisme di negara kita.

Dalam memasuki era globalisasi ini masih ada segelintir rakyat di negara ini yang berfikiran sempit dan tidak bermoral. Golongan sebegini sanggup melakukan aktiviti vandalisme sehingga menyusahkan banyak pihak terutama pihak masyarakat umum. Pelbagai masalah boleh timbul ekoran aktiviti yang tidak sihat ini.

Impak yang paling ketara ialah masalah vandalisme ini mencacatkan pemandangan terutama di kawasan tandas awam yang dipenuhi dengan tulisan-tulisan yang tidak elok. Begitu juga kawasan taman permainan kanak-kanak yang menyaksikan banyak peralatan di situ yang sudah dimusnahkan begitu sahaja. Keadaan ini memberikan satu gambaran negatif kepada masyarakat luar bahawa rakyat di negara ini tidak begitu menghargai kemudahan awam yang disediakan.

Masalah vandalisme ini juga bakal menimbulkan pelbagai kesulitan kepada masyarakat umum. Rakyat kehilangan hak mereka untuk menggunakan kemudahan yang sepatutnya mampu untuk menjamin keselesaan hidup terutama kemusnahan telefon awam. Bayangkan bagaimana masyarakat hendak menggunakan telefon awam ketika kecemasan jika kemudahan ini telah dimusnahkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab ini.

Pada masa yang sama amalan vandalisme ini turut membebankan pihak berkuasa terutama dalam aspek kewangan. Kerajaan terpaksa membelanjakan jutaan ringgit untuk membuat pembaikan terhadap semua kemudahan awam yang sudah mengalami kerosakan ini. Tindakan membaiki kemudahan awam ini membuktikan berlakunya satu pembaziran kerana wang tersebut boleh digunakan untuk membantu rakyat dalam aspek pembangunan yang lain pula.

Kesimpulannya, rakyat harus memikul tanggung jawab dalam memastikan vandalisme ini tidak berleluasa. Sebarang tindakan vandalisme boleh membawa impak negatif kepada semua pihak baik masyarakat mahupun kerajaan. Lantaran itu, semua pihak memikul tanggung jawab untuk menjamin kemakmuran hidup masyarakat di negara ini.

Monday, March 28, 2011

Karangan PMR 2011...Semangat Cinta akan Negara

Semangat cinta akan negara dalam jiwa pelajar semakin menghilang.
Berikan sebab-sebab berlakunya.


Semangat cinta akan negara bolehlah dikaitkan sebagai satu perasaan mengutamakan negara dalam tindakan seseorang itu. Memang sudah ada banyak pendant yang mengatakan bahawa pelajar kini semakin kurang semangat cinta akan negaranya itu. Jadi, apakah punca-punca yang membawa masalah ini berlaku?

Sudah pasti punca yang utama ialah kempen mengenai semangat ini jarring disiarkan oleh pihak media massa kita. Ketiadaan kempen ini membuatkan pelajar menganggap semangat ini tidak wujud atau penting dalam kehidupan mereka. Sesungguhnya, tanpa kempenlah semangat cinta akan negara terus hilang daripada naluri pelajar kita.

Pada masa yang sama, kegagalan ibu bapa untuk mendidik juga menjadikan masalah ini terus menular dalam jiwa pelajar. Orang tua pelajar tidak mengambil inisiatif untuk menjelaskan aspek nasionalisme dalam jiwa anak mereka kerana terlalu sibuk bekerja atau mereka sendiri tidak melihat semangat itu sesuatu yang penting untuk diterapkan kepada anak mereka. Maka, ibubapalah yang bertanggungjawab untuk menerapkan semangat ini tetapi gagal.

Selain itu, kehidupan mewah yang dialami oleh pelajar telah membawa mereka sukar untuk memahami erti kepayahan dan pengorbanan yang dilakukan oleh pejuang negara suatu masa dahulu. Kebanyakan pelajar yang ada sudah lahir ketika negara merdeka malah kemajuan economi juga telah berjalan lancar. Keadaan ini membawa pelajar tidak boleh memahami sebab mereka harus berkorban demi negara kerana kehidupan mewah itu telah menutup jiwa mereka.

Malah, masalah ketiadaan semangat ini juga dikaitkan dengan kurangnya minat pelajar terhadap subjek Sejarah. Banyak yang melihat subjek ini sebagai membosankan dan tidak memberi apa-apa kesan buat masa deepen mereka. Jadi, kegagalan untuk melihat kepentingan subjek Sejarah telah membawa pelajar itu gagal memahami kepentingan untuk memiliki semangat nationalisme dalam naluri mereka.

Kesimpulannya, semua punca tadi memang berlaku dalam jiwa pelajar kita sehingga mereka tidak lagi memiliki sikap cinta akan negara ini. Kerjasama semua pihak terutama pelajar sendiri amat diperlukan agar semangat ini boleh dipupuk semula. Peribahasa 'biar putih tulang jangan putih mata' membuktikan betapa pentingnya kedaulatan negara itu kepada seseorang.

Sunday, March 6, 2011

Bengkel Percuma PMR 2011 Saya...


Bengkel ini berusaha mendedahkan pelajar dengan teknik mengesan kesalahan tatabahasa, memahami skop karangan dan soalan novel PMR 2011.

Tuesday, March 1, 2011

Karangan PMR 2011...Punca Kemalangan Jalan Raya?

Kadar kemalangan jalan raya begitu meningkat setiap tahun.

Huraikan punca-puncanya.


Kemalangan jalan raya ialah peristiwa ngeri yang biasanya melibatkan perlanggaran dua kenderaan atau lebih di jalan raya atau pun lebuh raya. Kemalangan sebegini biasanya boleh membawa kecederaan dan juga kematian. Negara kita merupakan antara negara yang mempunyai angka kematian akibat kemalangan yang tinggi. Oleh itu ada banyak punca yang harus kita kaji untuk memahami masalah ini.

Punca pertama ialah kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri ketika menggunakan jalan raya. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk dan mengantuk atau tidak sedarkan diri. Ada juga yang tidak suka menjaga kenderaan mereka lalu kemalangan boleh berlaku kerana masalah brek, tayar dan sebagainya. Mereka tidak menghiraukan keselamatan orang lain ketika memandu kerana menganggap mereka cekap mengawal stering kenderaan. Jadi, kemalangan mudah berlaku akibat kecuaian mereka ini.

Selain itu kemalangan juga disebabkan oleh keadaan jalan raya yang tidak baik. Biasanya jalan raya menjadi lebih bahaya ketika waktu hujan turun kerana air hujan menyebabkan jalanraya menjadi lebih licin lalu sukar untuk dikawal jika pemandunya tidak berhati-hati. Begitu juga dengan keadaan jalan raya yang tidak lurus dan turun naik yang menyukarkan pemandu untuk memberi tumpuan lalu mudah berlakunya peristiwa ngeri ini. Maka, keadaan jalan raya harus diubah supaya menjadi lebih selamat buat pengguna jalan raya.

Malah, ada pihak yang menyalahkan pemandu baru yang menyebabkan kemalangan terus menerus berlaku di negara ini. Mereka dikatakan tidak mahir untuk mengawal kenderaan terutama ketika dalam keadaan kecemasan yang menyebabkan banyak yang panik. Golongan muda juga diselar kerana mereka biasanya suka memandu dengan bahaya dan laju. Sesungguhnya, satu alat mekanisme baru harus dicari untuk memastikan tahap pemanduan pemandu baru mencapai piawaian yang baik.

Jumlah kemalangan bertambah juga berkaitan dengan jumlah kenderaan yang bertambah setiap tahun. Pertambahan bilangan kenderaan menjadikan lalu lintas begitu sibuk dan penuh dengan kenderaan. Sudah pasti keadaan ini meningkatkan peratusan untuk sesuatu kemalangan itu berlaku di jalan raya. Jelaslah, semakin banyak kenderaan di jalan raya risiko untuk kemalangan berlaku amat tinggi.

Kesimpulannya, kadar kemalangan jalan raya di negara ini begitu menakutkan kita semua. Satu usaha yang berani harus dilaksanakan oleh pihak berkuasa untuk menghalang masalah ini menular lagi. Kita harus sedar bahawa nilai nyawa manusia begitu berharga. Pandu cermat jika selamat.

Sunday, January 23, 2011