Pakej Karangan PT3

Pakej Karangan PT3

Thursday, December 22, 2016

Kepentingan sarapan kepada pelajar

Amalan bersarapan penting buat pelajar di negara ini tetapi masih ada yang enggan melakukannya.
Jelaskan kebaikan-kebaikan amalan bersarapan ini.

Sarapan pagi ialah salah satu daripada sajian makanan yang perlu kita ambil setiap hari.Agak malang apabila pengambilan sarapan pagi diambil ringan oleh sesetengah pihak.Bermacam-macam alasan diberikan tertmasuklah kesuntukan masa untuk menyediakan makanan pada awal pagi.Tidakkah mereka sedar akan faedah-faedah mengambil sarapan pagi?

Salah satu faedah sarapan pagi ialah membekalkan tenaga.Hal ini demikian tubuh kita memerlukan tenaga yang diperolehi daripada sumber karbohidrat seperti roti dan glukosa daripada secawan teh atau susu.Jika kita memulakan hari dengan perut kosong,dikhuatiri badan akan terasa lesu dan tidak bermaya.Faktor-faktor inilah yang mengganggu kelancaran kita menjalani rutin harian seperti belajar dengan bekerja.Jelaslah bahawa tenaga diperoleh dari pada sajian  sarapan pagi.

Selain itu,mereka yang tidak menjamah sebarang makanan pada waktu pagi cenderung untuk rasa lapar.Perut akan mula "berkeroncong" minta diisi.Hal ini secara tidak langsung mengganggu setiap aktiviti yang sedang kita lakukan.Kita juga akan mudah hilang fokus untuk melakukan sesuatu tugasan dek melayan rasa lapar.Oleh yang demikian pentingnya bersarapan  pagi untuk mengawal rasa lapar.

Bukan itu sahaja,sarapan pagi juga boleh mengelakkan obesiti.Obesiti atau kegemukan terjadi apabila seseorang tidak mengambil makanan secara seimbang.Kesan daripada rasa lapar menyebabkan mereka mengambil makanan tengah hari dalam kuantiti yang banyak.Mereka cenderung untuk makan lebih lebih kerap makanan sampingan seperti keropok yang mengandungi gejala obesiti.Natijahnya,sarapan pagi mampu mengawal pemakanan seseorang.

Akhir sekali,penyakit-penyakit yang tidak diundang seperti "gastrik"mudah menyerang mereka yang tidak mengambil sarapan pagi .Hal ini demikian kerana sistem badan tidak dapat menjalankan fungsi dengan baik.Hal sebaliknya berlaku sekiranya kita mengambil sarapan pagi secara tetap iaitu dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan.Oleh itu,penting sekali bersarapan sebelum memulakan hari untuk tubuh yang lebih sihat.

Kesimpulannya, amalan bersarapan perlulah diamalkan oleh pelajar di negara ini. Jika amalan ini dilaksanakan sudah pasti pelajar akan mendapat banyak manfaatnya. Bak kata pepatah badan sihat otak cerdas yang mengingatkan kita agar menjaga kesihatan diri untuk memperoleh minda yang mampu mengharungi cabaran pendidikan di sekolah tersebut.
     

No comments: